Bahasa Melayu tahun 6
Tuesday, 30 October 2012
Thursday, 11 October 2012
Mari belajar Bahasa Melayu ini
Ini teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman...
Format Baru
1. Kertas 1 mempunyai 40 soalan objektif.
2. Satu jam diperuntukkan bagi
Kertas 1.
Kertas 1 (Klik ke laman Teknik Menjawab)
1. Kertas 1 terdiri daripada dua bahagian iaitu soalan tatabahasa dan pemahaman
petikan.
2. Soalan pengetahuan tatabahasa mengandungi 27 soalan iaitu soalan 1
hingga soalan
27.
3. Soalan 28 hingga soalan 30 terdiri daripada soalan peribahasa iaitu 3
soalan
peribahasa.
4. Soalan pemahaman petikan terdiri daripada dua petikan yang mempunyai 10
soalan
iaitu soalan 31 hingga soalan 40.
Pemahaman petikan terdiri daripada petikan
KOMSAS.
5. Soalan pengetahuan tatabahasa terdiri daripada 7 soalan iaitu soalan 1 hingga
soalan 7.
a) Soalan penggunaan imbuhan, kata sendi nama, kata ganda, kata majmuk
dan
berbagai-bagai jenis kata.
Contoh,
Perabot yang dibeli oleh Midah diperbuat ___________ rotan.
A.
dari B.daripada C. pada D.
dengan
Jawapan
: B
6. Soalan 8 hingga soalan 14 (7 soalan) terdiri daripada soalan
mengenal pasti
kesalahan penggunaan perkataan berimbuhan
dan berbagai-bagai jenis kata.
Contoh,
Tiap murid perlu belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan
A B
C
yang cemerlang. Tiada
kesalahan.
D
Jawapan : A
7. Soalan 15 hingga 17 (3
soalan) merupakan soalan ketepatan
penggunaan kata
banyak makna dalam ayat.
I.
Kassim sedang menonton
televisyenketika kami tiba di rumahnya.
II.
Masita masih sedang belajar di
sekolah rendah.
III.
Adik Siti sedang membuat kerja
rumah di dalam bilik.
IV.
Seluar panjang yang dijahit oleh emak sedang
untuk adik saya.
A. I dan II B. I dan IV C. I, III dan IV D. I, II, III dan IV
Jawapan : C
8. Soalan 18 hingga soalan 21 (4
soalan) merupakan soalan kesalahan
struktur
ayat.
Mereka hendak melancong ke Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi.
A.
ke Pulau Pangkor atau ke Pulau Langkawi
B.
di Pulau Pangkor atau ke Pulau Langkawi
C.
di Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi
D.
ke Pulau Pangkor atau Pulau langkawi
Jawapan : A
9. Soalan 22 hingga soalan 24 (3 soalan) tentang memahami maksud ayat.
Sektor industri batik semakin berkembang
maju kerana terdapat permintaan
dan pasaran daripada rakyat tempatan dan
pelancong-pelancong luar negeri.
A. Industri batik
membangun pesat disebabkan pasaran tempatan.
B. Permintaan luar negeri
mendorong industri batik bertambah maju.
C.
Pasaran tempatan dan permintaan
pelancong-pelancong luar negeri menyebabkan sektor industri batik berkembang
maju.
D. Pasaran dalam negeri
merupakan punca utama perkembangan sektor industri batik.
Jawapan : C
10. Soalan 25 hingga soalan 27
(3 soalan) merupakan soalan pengetahuan
tentang
memilih ayat yang betul.
I.
Tiap-tiap murid dikehendaki memakai
uniform ke sekolah.
II.
Bilakah sambutan hari Terbuka diadakan di sekolah anda?
III.
Oh, sakitnya gigi aku!
IV.
Baju ini tidak saya punya.
A.
I dan II B. II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV
Jawapan: A
11. Soalan 28 hingga soalan 30
(3 soalan) merupakan soalan pengetahuan
peribahasa.
Peribahasa “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga” mempunyai
maksud yang sama dengan peribahasa
berikut:
- Sekali air bah, sekali pantai berubah.
- Mencurah air ke daun keladi.
- Air tenang jangan disangka tiada buaya.
- Air ditetak tidak akan putus.
Jawapan: D
Tuesday, 25 September 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)
